Saturday, February 6, 2010

Precious

8 years dah. Here. Love them. ^_^
Oh oh. Di sini juga. Heee ;p

Friday, February 5, 2010

Everyone Has A Chance

Saya memang pemaaf. Kadang-kadang memang saya tak lupa, tapi saya jenis tak simpan sangat dalam hati. Sebab saya memang jenis cepat memaafkan orang. Melainkan kalau orang tu dah banyak kali sakitkan hati saya, barulah hati saya menjadi tawar sikit. Itupun kena berulang kali barulah rasa sayang tuh akan berkurang. Bila jadi begitu, lalu saya pun tak akan ambil peduli lagi pasal dia. Tapi selalunya saya akan go with the flow je. Eh, tengok saya dah merapu. Saya bukan nak cakap nih sebenarnya. Saya nak cakap yang sebenarnya... sebenarnya... sebenarnya...

Tetttt! Dah habis masa la.

Haha. Geli lah saya awak saya awak nih. Eh, ada ke aku type word awak tadi? Takde kan? Takde kan? Kan? Hahaha. Tapi siyes yang sebenarnya aku kekok kalau nak taip saya awak nih. Apatah lagi kalau untuk bercakap kan? Unless dalam keadaan formal la kan. Sudah sudah. Jom lompat terus ke bahagian conclusion. Hee.

Another chapter has started in my life. :D


Apa sangat lah yang disukakan orang mereka nih.

Kadang-kadang aku tengok macam obses pun ye jugak.
.
.
.
Sebenarnya aku pun suka jugak mereka nih. Itu je nak cakap! Hehe.


Sometimes I watch you when you're talking, I cannot hear a word but I smile inside. ^__^
Wednesday, February 03, 2010.

Wednesday, February 3, 2010

Update

Dah ada yang nak kahwin, mampos pulak.
Uish. Harshnya mak aku nih.
*Gelak kaw-kaw. Apekes?
Jangan tutup, ingat tu. Bukak sikit pintu tu.
*Gelak kaw-kaw. Apekes?
Have a patient oke my mom.

---

Lately aku busy. Busy dengan projek busy pergi sana pergi sana busy jumpa dia tuh busy jumpa dia nih busy makan busy membuta. Eh semua lah. Nak kasi nampak macam busy sangat kan. And mood online pun macam dah kureng sikit lah kan. Tapi bila macam dah agak sibuk nih kesihatan mula terganggu. Mudah penat pun ye jugak. Nih baru sikit. Macam mana la nanti kalau aku dah kerja? Huhu. Dan paling teruk aku macam cepat moody. Tapi aku selalu moody dengan diri sendiri je. Orang lain tak terlibat pun. Heh. Boring.
Next.

Ok la ok la. Aku sebenarnya nak cakap thanks to my brother in-law. Steve. Haha. Well, you're such a great man lah. Hahaha. And because of him aku dah jadi stalker berjaya. Habis dah aku stalk semua. Memang stalk habis-habisan lah. Yay!! Err... I'm a stalker. Hahaha. Dah dah. Enough about this. Hehe.

Malam tadi aku tengok Tari Tirana. Macam bodoh je cerita tuh. Seriusly macam bodoh. Dah lah hero menggelikan. "Sayang, I sayang kan you sepenuh hati I tau.", "Sayang, you tau kan I tak suka kena tipu.", "Sayang, kenapa you buat I macam ni.", "Sayang, I dah takde apa-apa dengan dia sayang.", Sayang sayang sayang. Eee. Bodohlah. Macam apa je. Dah tu, lelaki pulak yang menangis. Sanggup mati la kalau cinta tak kesampaian. Apa ke bodohnya cerita tu. Konon nak buat kisah cinta tragis ala-ala Titanic lah tuh. Heh. Dah la semua macam tak pandai berlakon je aku tengok. Menari pun macam tak best je. Haha. Actually tuh first time aku tengok cerita tuh. Aku tengok jugak sampai habis la kan sebab dah takde benda sangat nak buat. Plus, supaya aku boleh kutuk. Tapi after this memang aku takkan tengok dah kot weh. Hahaha. Ijad kata, before this cerita tuh oke. Nak-nak masa dia dengan Ash. Well, aku tak berminat la Ijad. Sorry. Haha.

After tengok tv malam tadi, I was on the phone with Sha. Borak-borak macam biasa lah nenek tuh. Nenek kan, haruslah banyak membebel. Hee. Ada sekali, dia kata, aku kuat psiko orang. Means, lelaki. Plus, aku ego gila-gila. But when it comes to the friendship, semuanya jadi macam lemah. Heh. Aku sebenarnya tak suka nak tulis something yang boleh buat nampak kelemahan aku. (Ini riak namanya. Haha.) Well, siapa suka kan? Kan? Yeah. I admit la kan. Bila pasal friendship aku memang lemah sikit. Sebab aku jenis yang terlalu menghargai kawan. Tapi kalau kau dah carik pasal dengan aku, memang aku takkan hairankan kau dah lah. Dulu aku pernah la buat entry pasal nak delete sorang kawan nih in my real life dekat sini. Now I'm thinking about it again. Tapi this time aku bukan nak delete dia dari life aku. Dia dah datang mana boleh senang-senang nak delete kan. Tapi aku nak delete sikit memori aku dengan dia. Boleh. Aku boleh buat tuh. Sebab, aku dah penat dengan dia. Apa dia fikir, aku nih seekor patung yang takde hati dan perasaan? Aish. Tengok. Emo kuat aku nih. Huhu. But it doesn't mean aku nak putuskan silaturrahim. Aku just biarkan je.

Sha kata lagi, macam mana aku boleh jadi betul-betul ego sekarang nih? Entah ek. Aku ego ke? Haha. That is not nice. Ego sebenarnya ada dua. Bak kata adik Mentibang kan. Satu ego dalam diri, and satu lagi motor Ego. Bodoh. Haha. Malas nak cakap banyak kat sini. Kalau kau dah kenal aku betul-betul, kau tahulah aku macam mana. And sebenarnya aku memang banyak cakap pun. Banyak cerita. Kalau jumpa mesti ada benda yang aku nak ceritakan. Tapi itu pun depends jugak dengan siapa. Kalau aku rasa selesa and trust dekat orang tuh, memang konpem lah aku cakap banyak. Macam Sha si nenek nih lah. Haha. And my other bestfriends too. :) Love you guys. You know who you are. =D

And aku tak sabar nak jumpa Shada! Lamanya tak have fun dengan minah tu. We both banyak benda nak sharing is caring nih. Hari tu kejap sangat macam tak puas. Can't wait can't wait. She promised me, to take me a ride on her scooter. Awww... so sweet. Haha.

Friday, January 29, 2010

Saya Mahu Duit

I had a job interview yesterday at Shah Alam. Heh. That was my first interview oke. I have no experience dengan semua-semua benda nih apatah lagi pengalaman bekerja kan. Huhu. Well, quite ok. The interviewers tested me some skills. Naahh, rugi tak study dulu. Lupa dah kot semua tu. Unless kalau dia test about html coding oke la. Haha. I'd study about the company profile tapi haram jadah dia tak tanya langsung. But but but, aku datang lambat oke. Lambat for my first interview. Haih. Bad impression. Baru ingat nak rasa perfect semua. Tapi jammed pulak dekat KL. Rasa macam dah habis awal dah keluar. Tapi takpelah, nasib diorang baik and senyum je. Sangat sweet oke. Muka pun sweet-sweet je. And yeah, memang baik lah banyak memuji pun ye jugak. Haha. So, if aku dapat that job pun, oke lah kot. Coz the environment oke lah jugak. Muda-muda kot. Haha. Boleh tak nak fikir macam tu? Heh. Macam lah that company nak hire aku kan. Whatever lah, the most important sekarang aku nak dapat kerja sebab nak dapat duit. Nak harapkan kerja-kerja sampingan nih, memang lambat lah gamaknya.

Well, after the interview, met my bestfriends. Heh, rindu oke dengan mereka semua. Mentibang macam biasa lah, business business. Dah ada plan nak kahwin dah. Weh jangan lupa, kahwin nanti biar saya orang first tahu tau. Huhu. Limi, heh, entah taktau nak cakap apa dah. Dia dengan Prop sama je. But still, mereka bijak sebenarnya. Lelaki kan, fast-learner. Tapi macam biasa lah, sangat tidak punctual. Sampai kitorang dah habis makan baru nak sampai. Cuba kalau ajak pergi karok, laju je. Heh. Apa-apa pun good luck for your final project guys. Tapi weh, mana janji kau orang nak grade sama-sama? Nak konvo sama-sama macam masa diploma dulu? Lepas nih takde la gambar kita tiga grade sama-sama lagi dah. Arrr.. Asyraf, still jobless. Doing the freelance jugak sekarang. Eleh, cakap orang je. Dia pun sama. Lagi banyak kot. Huhu. Then meet several people. Asyraf brought his friends. Prop and Limi bawak Peja. We used to call him 'Toksey'. Haha. Kaki sakat lebih si Peja tuh. Sama lah mereka-mereka semua. Then Prop ada ajak buat business sama. Nak jual template katanya. Nak ambil project aku. Haha. Aku no hal beb. Dia kata, 70-30 pun takpe. But I said, aku nak 90-10. Haha. Ngok.

After that terjumpa Kim. Bila dah turun Shah Alam, memang lah terjumpa ramai orang kan. Dah sekarang pun semuanya dah start study. Mesti lah semua ada. Rinduuuu arr. Rindu zaman belajar. Prop sangat bengang bila aku cakap macam tu. Haha. No offense beb. Hakikatnya aku memang rindu nak masuk kelas, borak-borak makan chewing-gum. Gurau-gurau main-main dengan kau orang. Tidur dalam kelas. Bukannya dengar sangat pun apa lecturer cakap kat depan. Lagi-lagi kalau dalam lab. Kita semua buat hal sendiri, YM sesama sendiri pun ye. Haha. Pung pang pung pang dah habis kelas. Lepas tu keluar pergi makan. Borak-borak lagi. Gossip. Kalau ada kau orang yang lelaki kurang sikit lah gossip tuh even kau orang memang macam joyah pun. Haha. And pantang ada waktu free, kelas cancel ke apa ke, mesti pergi karok. Takpun lepak-lepak. Rileks oke waktu-waktu macam tuh. Ada assignment pun tak beban sangat pun. Well, kite semua ada team-work spirit kan? Sorang buat ni, sorang buat tu, lepas tuh copy. Haha. Then stay sampai tengah-tengah malam even ada sampai pagi pun buat kerja sama-sama. Rindu weh semua tuh especially bila ada something yang agak funny happen macam pagi masa nak present dekat Cik Ana. Tak payah mention la kot. Memalukan. Haha. Then duit pun masuk je every week. Damn, sekarang nih susah dah kot nak dapat duit. Kang nak mintak, terasa bersalah pulak. Setakat sikit-sikit tuh takpe lah. Tapi nih banyak nih macam mana? Weh, aku tak bayar bil lagi nih. Nasib lah. Haha.

Heh. Mak dah tanya, bila nak kahwin? Haha. Aku cakap, kalau Ais ada lagi orang dah nak kahwin dah.
Jangan tutup terus sudah pintu hati tu. Mak pesan.

Wednesday, January 27, 2010

Story One (I)


10th Grade
As I sat there in English class, I stared at the girl next to me. She was my so called "best friend". I stared at her long, silky hair, and wished she was mine. But she didn't notice me like that, and I knew it. After class, she walked up to me and asked me for the notes she had missed the day before and handed them to her. She said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I wanted to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.


11th Grade
The phone rang. On the other end, it was her. She was in tears, mumbling on and on about how her love had broke her heart. She asked me to come over because she didn't want to be alone, so I did. As I sat next to her on the sofa, I stared at her soft eyes, wishing she was mine. After 2 hours, one Drew Barrymore movie, and three bags of chips, she decided to go to sleep. She looked at me, said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.


Senior Year
The day before prom she walked to my locker. "My date is sick" she said; "he's not going to go well, I didn't have a date" and in 7th grade, we made a promise that if neither of us had dates, we would go together just as "best friends". So we did. Prom night, after everything was over, I was standing at her front door step! I stared at her as she smiled at me and stared at me with her crystal eyes. I want her to be mine, but she doesn't think of me like that, and I know it. Then she said "I had the best time, thanks!" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.


Graduation Day
A day passed, then a week, then a month. Before I could blink, it was graduation day. I watched as her perfect body floated like an angel up on stage to get her diploma. I wanted her to be mine, but she and I knew it. Before everyone went home, she came to me in her smock and hat, and cried as I hugged her. Then she lifted her head from my shoulder and said, "you're my best friend, thanks" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.


A Few Years Later
Now I sit in the pews of the church. That girl is getting married now. I watched her say "I do" and drive off to her new life, married to another man. I wanted her to be mine, but she didn`t see me like that, and I knew it. But before she drove away, she came to me and said "you came!". She said "thanks" and kissed me on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.


Funeral
Years passed, I looked down at the coffin of a girl who used to be my "best friend". At the service, they read a diary entry she had wrote in her high school years.
This is what it read:
I stare at him wishing he was mine, but he doesn't notice me like that, and I know it. I want to tell him, I want him to know that I don't want to be just friends, I love him but I'm just too shy, and I don't know why. I wish he would tell me he loved me!
I wish I did too... I thought to my self, and I cried.

I love u
I love u
I love u

A boy's diary...

Monday, January 25, 2010

Sembunyi

Lately banyak sangat entri berunsurkan emosi yang kira agak tak stabil. Maaf. Sebab sememangnya emosi memang tengah tak stabil nih.

Bila mood tidak oke, sekali kena usik memang lain la jadinya. Aku bukanlah orang yang reti nak manage emosi dengan baik sebenarnya. Aku nih kan emo. Sensitif. Ye lah. Semuanya aku lah. Tapi sekurang-kurangnya takde lah aku nak maki hamun atau hambur kata yang bukan-bukan. Aku waras lagi. Kot.

Penat la sebenarnya. Penat nak ada rasa macam ni. Sampai bila? Sampai bila? Sampai bila? Sampai bila? Sampai bila? Boleh tak tolong padamkan segala yang ada dalam kepala otak ni. Lepas tu biarkan je kosong. Tak payah isi apa-apa lagi. Baik benda baru mahupun benda lama. Buang jauh-jauh please.

Sakit hati. Marah. Geram. Terkilan. Sedih. Tak sabar. Semua yang bad-bad lah.

Happy? Kejap-kejap dia lari. Asyik suruh aku kejar dia je. Penat lah macam ni. Bila nak dapat happy tu duduk dekat sebelah ni sampai bila-bila? Mana lah boleh kan? Apa lah. Bukan kehidupan lah namanya kalau macam tu.

Pls, someone buatkan aku kopi.

Sunday, January 24, 2010

Perempuan

Heh. Penipu. Konon la kan.
Perempuan perempuan.
Heh. Penipu. Memang konon.

And and and, I'm not that stupid la. Cuma aku layankan saja semua kisah-kisah tu. Kasi can la, kan? Kesian.

Friday, January 22, 2010

Petak Kosong

Sudah lewat malam. Tapi aku tak dapat tidur lagi nih. Macam mana nih? Esok confirm bangun lambat. Jangan terlajak sudah. Huhu. As I got nothing to do tengah-tengah malam, eh pagi-pagi buta macam ni, so terlebih rajin nak taip benda alah ni.

Having a chit-chat with Qiela and Sha on Sha's space. Gila petak la kan. Masing-masing tidur lewat and merepek entah apa-apa. And then gossip je lebih. Haha. Bila dah stay up lewat-lewat macam ni memang lapar lah pulak jadinya. Nak jejak kaki kat dapur haram lah kan time waktu-waktu macam ni. Even lampu terbukak pun. Then bukak cerita pasal maggi goreng mamak pulak kan. Lagi laaaa lapar. But most important thing, I'm dying to meet them right now. I want them and I want them. I want them again. Haha. I am blessed with wonderful friends. Love you guys!

Aku sekarang nih gila nak dengar music setiap masa. Setiap masa oke! Every seconds! Sampai recall balik semua playlist lama. Lepas tu menggedik pulak kan nak tengok gambar-gambar lama kenangan apa semua. Mula lah lepas tu babak-babak yang tak diperlukan and babak-babak yang sepatutnya kena cut. Drama sungguh. But don't worry. Kejap je semua tu. A few minutes after tuh normal balik. Then radio dalam bilik tak tutup langsung. 24/7 biarkan terbuka. Gila. Bila keluar lagu favorite lagi gila macam nak rak. Weh, apa kena dengan aku ni? Gila ke? Haha. Oke lah. Stop pasal ni. Bosan.

Aku kan sebenarnya suka berfikir. Lagi-lagi bila dapat instinct. Heh. Lama dah tak guna instinct. Dulu kerap gila aku praktikkan instinct aku and to tell the truth lah kan, most of my instincts kebanyakannya betul. Lebih satu, lebih dua, lebih tiga, lebih banyak-banyak la. Senang cerita. Sebab tu sometimes aku betul-betul percaya dengan instinct aku even ramai je yang selalu kata dengan aku, "perasaan kau je tu". Heh. Aku percaya dengan diri sendiri lebih daripada aku percayakan orang lain. Oke. Aku nak kantoikan rahsia aku yang dah tak akan jadi rahsia lagi lepas titik noktah ni. Aku memang ada masalah sikit nak percaya dengan orang. It's true. Jujur mana pun kau, aku tetap susah nak percaya. So beware lah eak. Sometimes muka aku memang nampak sungguh percaya tapi hakikatnya susah lah aku nak percaya. Unless kalau orang tu dah kenal aku betul-betul and aku pun dah kenal dengan dia. Betul-betul kenal. And selalunya aku akan ignore and tak nak ambil tahu sangat pun. Kalau kau rasa aku dah percaya, jangan fikir yang aku memang dah percaya. Sebetulnya aku buat endah tak endah je tu.

Bila instinct-instinct ni datang kat aku, aku mula terfikir something. Curious. Seriusly aku curious. Hurm... See, aku dah mula ambil kisah. Haha. Takpelah. Let's take this as a new chapter. The beginning has start. :)

Wednesday, January 20, 2010

This Is For You

I was on the phone with him. Heh. To be honest la everything sekarang macam agak awkward. Cuma buat-buat biasa saja. Lagaknya. Kalau face-to-face, memang diam je la. Then he keeps on asking me.

Dia: "Apa yang kau nampak dekat dia tu?"
Aku: ???
Dia: "Oke oke. He's got a good look. Aku tau. Tapi dah takde orang Malaysia lagi ke masa tu?"

Hey, masalah ke semua tu? Oke lah, I admit it. Sesetengah orang mempunyai sifat diskriminasi. Ye lah, lagi-lagi kalau dari situ. And I guess semua orang pun mesti lah ada sifat tu. Sikit atleast. Lagi-lagi lepas apa yang terjadi baru-baru ni dekat sana kan. Entah. Tak boleh nak predict. Sometimes, aku pun sama. Kot. Tapi aku tau kot apa yang aku buat. And apa yang aku nak buat. Orang lain nak judge aku, up to you lah. Plus, dia bukannya orang yang tak semenggah. He's got a good life, good job, friendly family and most important he knows how to control everything. Yeah, dia asalnya separuh sini dan separuh sana. Bapa sini. Mak sana. And he lives there since 5. Tapi dah kembali menetap kat sini balik last year. Eh, aku bukan nak cerita pasal dia actually.

I used to have an Indonesian boyfriend. Two actually. First, kawan masa sekolah dulu. He's got an unique name. Dody Boy Pinalusa. Wow! Aku masih ingat even dah berapa tahun dah. Huhu. But he's Islam. Of course. And dia pun sama. Bapa sini. Mak sana. But then satu hari, dia bagi surat cakap mak dia nak ambil dia balik duduk dekat sana. Dia kata, dia taknak lost contact. Dia akan balik sini dua bulan sekali. At least. Sudahnya memang tak sampai ke mana la kan. Cinta monyet. Haha. Kelakar bila ingat balik. Because, one of my bestfriend masa tu, ada hati jugak dengan dia. At the end of the story, dua-dua pun melepas. Haha.

And this one, kenal through my friend. Then meet him twice at gig. He's a sessionist drummer. He's got twin yang sangat banyak mulut. He's got unique name too. And yeah, he knows 'bout this blog. So I'm pretty sure he read it. Kitorang kawan, secara tak langsung. Kawan macam biasa. Macam aku dengan orang lain jugak. Bila dah jadi rapat and dia pun kerap datang sini, masa tu lah kitorang start dating. Haha. Aku nampak dia macam mana. Apa yang boleh aku cakap, he's a nice guy. Really. I admit it. Even though baru setahun lebih kenal, and date for a few month tapi rasa macam dah boleh serasi dengan dia. And dia boleh menjadi seorang kawan yang baik. Masa Ais pergi, dia seboleh-bolehnya nak ada sebelah aku. Yeah I know. Kawan-kawan memang sangat berguna. Kau orang lah yang buat hari-hari aku terisi kot. Hurm... And even till now he's still being a good friend, indeed.

Oke lah, back to you. Bodoh kan. Rasa? Hey, tapi again I said. Aku tau apa yang aku buat and apa yang aku nak buat. Tak kira masa tu or masa sekarang or masa akan datang. Sometimes, people make mistakes right? And I believe masing-masing ada intention and ada cara tersendiri untuk fix kan semua tu balik.

Kau buat aku rasa nak bercakap dengan Ais sekarang which I know I couldn't. Kau buat aku rasa nak menangis depan Ais sekarang which I know I couldn't. I'm not pointing at you pun. But I am pointless.

Naahh. Aku tak tau nak cakap apa actually. Yes, I'm mad. Bila aku marah, aku jarang nak bercakap. But I think this is a good way untuk aku bercakap dengan kau. Yet this is not a good medium either. Berdepan is better. Jarang rasanya aku nak show off and directly tuju apa yang aku rasa dekat someone. Itupun selalunya guna yang tersirat. And it's not like aku nak back up siapa-siapa. You're still a good friend of mine. A good friend of Ais and Ji. And I dont see this as a big issue, right? But those words that you said. Sigh. Entahlah.

Saturday, January 16, 2010

Jobless


Demit la kan, khusyuk sangat tengok AJL hari tu, aku terlepas nak tengok final episode One Tree Hill. Haih, terpaksa lagi tengok dekat internet. Memang takde feel la kan. Sigh panjang ni. Haih...

~

Hoih, aku sekarang gila obses dengan tumblr. Seriusly, aku rasa macam nak gila tengok semua pic yang ada dekat situ. Tapi untuk tumblr aku, jarang la aku nak update. Just go through orang punya tumblr. Baru ada berapa kerat je pun. And aku baru siap design page tu malam tadi. Heh.

Dua belas January hari tu, family aku bertambah lagi sorang ahli. Congrats untuk abang and kakak ipar aku. And Afiq juga. Katanya, adiknya akan jadi Kevin dan dia adalah Ben 10. Haha. Apa-apalah. Disebabkan mereka tinggal bersama kami, so aku pulak yang busy kan ke sana ke sini. Haha. Takde la busy apa pun. Ceh ceh ceh. Tapi kan, to be honest la, pergi sana sini, even dekat-dekat je pun, then bila drive sorang-sorang automatically otak aku akan terfikir 'bout something. Terfikir, bayangkan macam mana kau tengah drive, sorang-sorang. And tiba-tiba kau dirempuh lori tangki minyak. Apa perasaan kau masa tu? Adakah kau akan fikir mati masa tu? Aku selalu terbayang macam mana perasaan arwah Ais masa tu. Kalau nampak lori seumpama tu, memang aku yang rasa gerun. Sebab aku sendiri dah tengok macam mana hancurnya kereta dia.

Sebenarnya, takde apa yang nak diceritakan dalam entri ni. Tapi tu la, aku bosan sebenarnya ni. Tu la, cari kerja malas. Kan dah padan muka. Huh. Biarlah. Yang penting aku happy. Haha. Dan disebabkan kebosanan aku, habis la semua cerita nak download lepas tuh kunyah cekedis tengok cerita tu. Cerita dekat tv pun macam dah hafal kot. Kot je la. And entah berapa kali la aku tengok video gila yang pernah aku and roommate aku buat dulu. Ya Allah seriusly aku memang dah tak sanggup dah nak tengok. Macam bodoh pun ye jugak aku tengok. Haha. Lawak lawak. Kerja gila betul weh. Biasa lah. Tengah pressure. Tapi sorry lah, aku da private kan dekat facebook. Its like macam, tiba-tiba aku rasa malu weh. Hambik kau! Baru sekarang nak rasa malu. Eh, mana ada. Dekat YouTube ada lagi. Tak private la. So aku tak malu pun la. :D

&& Nasib baik jugak kawan-kawan ada untuk jadi pengubat bosan aku ni. Hehe. Tapi aku dah mula rindukan suasana belajar la. Memang susah kot nak dapat moment-moment yang enjoyable macam tuh lagi. Huhu. Dan aku rindukan STARs', Shada, Mentibang and semua kawan-kawan lah. Bila dah relax-relax nih, banyak jugak la kan plan nak ke sana sini. Tapi masalahnya; fulus meyhh. Heee. Untuk Kerol, next time ye. Tapi birthday kau dah dekat kan? Huhu. And next month bakal berjumpa dengan bestie-bestie kesayangan. Yay! Can't wait lar. Huhu.

Friday, January 15, 2010

15 January


Hari ni harijadi arwah abah. Moga abah tenang kat sana dan sentiasa dirahmatiNya. :) Al-Fatihah untuk abah. Dan untuk Aqilah Ismail, mydearie; Happy Birthday to you. I love you as you do. Friends forever, huh?

Saturday, January 9, 2010

Sampai Mati


I miss her. Badly.