Monday, August 29, 2011

Hari-Hari Yang Mendatang

Cewah, tajuk macam lah serius sangat. Keke. Esok raya! Semalam, semalam, dulu semalam and dulu semalam lagi, macam-macam sangat benda yang jadi. And selalunya bila macam-macam jadi, rasanya macam nak lari jauh-jauh, sendiri-sendiri je. Itulah saya! Dalam kepala otak macam-macam soalan. Tapi the most favorite question, adalah WHY? Memang dari dulu lagi, kenapa kenapa kenapa? Taktau lah mood raya ada ke tak. Hari tu macam terlebih excited. Sekarang ni, fikir nak makan je. Ok, bila fikir pasal nasi impit, kuah kacang, lontong, rendang, lemang, jadi macam. Yeayyy! Esok raya! And semoga mak cepat baik dari demam and ada kudrat untuk buat segala benda. Tak dapat bayangkan if mak takde. Cukuplah perit rasa masa abah pergi dulu. I still nak rasa and nak makan nasi impit lontong kuah kacang dari air tangan mak. Jahat tak if fikir macam ni? Coz semua ni kan takdir Tuhan. Allah yang menentukan. Tapi serius berharap supaya mak sihat selalu. Tapi sayu je lah. Raya tahun ketiga abah takde. Abah dah pergi tiga tahun lepas sebab kanser, tapi actually nih dah raya tahun keempat. Coz abah pergi bulan Ramadhan 2008. So tahun tu kira first time raya without abah. And this year jugak, raya tahun kedua tanpa Ais. Mama Ais call hari tu, ajak tidur rumah dia coz she said she miss me and Ais. Don't know yet. Eh, esok rayalah. Jangan mourning. Sebaiknya hadiahkan Al-Fatihah. Ok. Mahu sambung to another blog. Lepas tuh sambung kemas rumah, pergi cuci kereta and siapkan untuk esok! Raya kannnzzz!

0 shoots:

Post a Comment

Tinggalkan kata-kata anda dengan baik ye :)